SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, Malaysia | Home of Motorsports

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
Race Results Bulletin
MSS Links : HomeNewsResults & StandingsTicket PricesForms & RegulationsHistoryCalendarAccess InfoHotelsConditions of Sale
RSS Feed

Latest News

Search News
*
* Please enter descriptive keywords. Do not enter questions or sentences.
  • Cars
  • Bike
Malaysian Super Series 2009
04 October 2009
Name
Time
Supersixteen Championship R4
Race 1 : Firhat Yuri Mokhzani 19:21.201
Race 2 : Wong Yew Choong 22:45.313
Supercars/Supersaloon R4
Race 1 : Dilantha Malagamuwa 16:53.959
Race 2 : Mok Weng Sun 16:52.376
Classic Cars R4
Race 1 : Bertie Mccrory 10:52.658
Race 2 : Joseph Sevack 14:40.721
Malaysian Super Series 2009
04 October 2009
Name
Points
Superbikes / Superstock (R4)
SB : Yasuhiro Kuhara 182
SS : Ibrisam Daud
117
Supersport (R4)
Open : Azlan Shah 175
Novice : Mohd Erwan
195
Production Bikes (R4)
Mohd Rizal Jantan
167
Bikerz Mag 150 Cup (R4)
Muhammad Syafiq Omar Ali
117
Motor Trader RS125 Challenge (R3)
Shamsulnizam Mohd Saleh
TBA

KUHARA YAKIN PAMER AKSI MENARIK

23 July 2009, By Sepang International Circuits

Sepang, 22 Julai 2009; Litar Antarabangsa Sepang bakal sekali lagi menjadi pentas pertarungan hebat diantara jaguh-jaguh Superbikes. Penunggang handalan yang berpangkalan di Singapura ini tidak lain tidak bukan ialah Yasuhiro Kuhara. Pelumba kelahiran Saga, Japan ini mewakili Pasukan HKL Racing mempertaruhkan jentera Honda CBR 1000RR sebagai senjata utama.

Bermula pusingan pertama Malaysian Super Series 2009, Kuhara telah menampilkan penunggangan yang menyakinkan malah telah turut membuktikan prestasi yang konsisten serta jitu dalam mengambil selekoh tajam di Litar Antarabangsa Sepang. Pusingan Kedua juga seakan mengiyakan kepantasan Kuhara apabila menguasai Pusingan Kedua MSS tempoh hari.

“Segala-galanya berjalan dan berfungsi dengan baik. Harapan saya motosikal dan segala persiapan akan didalam keadaan yang baik juga,” kata Kuhara dalam penuh keyakinan.

Dengan menamakan Ahmad Zamani sebagai pencabar utama, Kuhara juga mengatakan,“Zamani penunggang yang cekap. Mampu mengawal jarak diantara saya dan dia. Saya perlu berhati-hati dalam membuat segala tindakan, kerana apa juga kesilapan akan memberikan peluang kepada Zamani untuk memintas saya,” tambahnya lagi.

“Yang pastinya saya akan mempamerkan penunggangan yang baik serta melakukan yang terbaik. Dengan persiapan motosikal yang mantap dan penalaan keatas jentera dengan baik adalah faktor-faktor peyumbang untuk meraih kejayaan,” kata Kuhara dengan tenang.

Persaingan semakin lama semakin sengit dengan dari tahun ke tahun ramai pelumba-pelumba baru serta berbakat besar melibatkan diri dan bersaing. Saya lihat dari sudut perkembangan bakat, adanya pelumba - pelumba baru pastinya banyak perkara dapat kita pelajari dan sesuaikan dalam penunggangan kita. Matlamat adalah satu, untuk mencatatkan masa sepantas mungkin dalam sesuatu pusingan.

Malaysian Super Series - Pusingan Ketiga 2009; juga bakal menyaksikan perlumbaan hebat di dalam kategori Supercars, Supersaloon dan juga Supersixteen. Di mana jentera-jentera hebat bakal terlibat seperti Aston Martin DB9, Radical SR3, Lotus, Honda Integra dan banyak lagi jentera berkuasa tinggi bersaing merebut kejuaraan.

Untuk saingan Pusingan 3, semua pelumba termasuk daripada kategori kereta akan mengharungi sesi Kelayakan Sabtu (25 Julai) sebelum bersaing dalam dua perlumbaan wajib pada hari Ahad (26 Julai) bagi menentukan juara pusingan.


Share |

Visit Malaysia 2007

 

For Ticket Reservation, Please Call +603-8778 2222 OR Visit Our Ticket Agents